Gulai Udang

Gulai Udang Harimau

Bahan- Bahan

1 kilo Udang Harimau
1 bungkus rempah kari ikan atau udang - jenama O - Di bacuh dengan air panas
Santan pekat 1/2 biji
Santan Cair 1/2 biji
Bawang Merah, Bawang Putih, Daun Kari
air asam jawa sikit
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak masak

 
Cara-Caranya

Tumis Bawang dan daun kari hingga wangi, masukkan rempah yang telah di bancuh dengan air panas, masak hingga garing, masukkan santan pekat dan kacau hingga sebati dan biar dia samapai pecah minyak, bila dha pecah minyak masukkan udang gaul supaya rempah sebati dengan udang, masukkan air asam jawa sekiranya nak masam le, kemudian masukkan santan cair, garam secukup rasa dan biarkan dia mendidih hingga udang dah masak. angkat dan hingakan untutk makan tengahari.

Dan Hasilnya seperti dibawah ini :
Kesah gulai udang hari sambtu 8/10/2011 - Bibi pergi mancing undang dengan kawan dia, banyak le dapat undang dalam 2 kilo le....so hari minggu dia suruhle masak kari udang. ini le hasilnya.



Ni masa tumis bawang dan rempah
 udang yg dah siap di bersihkan
 masa masukkan semua santan dan biarkan dia mendidih
Taraaaaaa.....terhasilah gulai udang....selamat mencuba semua.